Saturday, July 31, 2010

9 Topik Sensitif Lelaki

Keharmonian perhubungan dua orang insan bercinta berlandaskan banyak faktor terutamanya kefahaman yang utuh. Sikap saling bertolak-ansur menjurus kepada perhubungan yang lebih sihat dan kekal lama.

        Dalam hubungan pasangan suami isteri mahupun kekasih adalah penting mengenali suka duka dan pantang larang sesama sendiri supaya keintiman dapat diwujudkan secara spontan.

           Jikalau golongan wanitan mempunyai pantang tersendiri seperti lelaki perlu setia atau, kaum lelaki juga mempunyai topik sensitif sendiri. Sememangnya lelaki penuh dengan ego tetapi wanita tidak harus mempermainkan ego mereka sehingga menjejaskan hubungan yang indah harmoni. Belajar memaksimumkan keegoan lelaki dalam cara positif untuk lebih memenangi hatinya. Berikut adalah 9 perkara yang wanita perlu elakkan berbincang bersama pasangan lelaki mereka. Tip-tip yang ringkas dan mudah ini mungkin membantu mengeratkan lagi perjalanan cinta anda.


  • Elak menceritakan ada seorang lelaki yang secara diam meminati anda, apatah lagi jika lelaki tersebut adalah bekas kekasih anda.

  • Membenci ibunya. Jikalau ada pun menyimpan perasaan kurang senang jangan terlalu vokal meluahkannya. Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan ibunya. Jangan cuba menokok tambah sebaliknya bertindak tenang. Jikalau ingin memberi komen utarakan hal-hal yang positif dan neutral sahaja.

  • Hal kecurangan yang pernah dilakukan tanpa pengetahuannya. Ini akan menjejaskan kepercayaannya terhadap anda. Jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangannya terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginay.

  • Semakin usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan seksual mungkin tidak sehebat seperti pada awal perkahwinan dan mungkin juga ada perubahan. Jangan cuba membandingkan hal itu dengan kehebatan pada masa lalu.

  • Elak menceritakan kecurangan sahabat anda terhadap suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak sedemikian kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba mengongkong atas sebab keselamatan hubungan sesama anda.

  • Jangan membuat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya. Jika satu hari dia mengeluh tentang majikannya yang bermasalah, maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalah tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Lebih baik jangan bagi keputusan sebaliknya berilah dia pilihan.

  • Cerai, clash, break, adalah perkataan yang paling harus dihindari walaupun berlaku perselisihan faham yang teruk. Berpisah atau bercerai adalah perkara yang jarang dimain-mainkan lelaki.

  • Elak membanding pendapatan apatah lagi jika gaji anda lebih besar. Ini akan menyinggung perasaan si suami dan menjadi punca menimbulkan konflik dalam hubungan yang harmoni.

  • Pertemuan bersama teman membuatkan anda membuka hati untuk berkongsi hal-hal persendirian. Elakkan menceritakan hal itu secara teliti kepada pasangan anda kerana lelaki tidak gemar kisah mereka dijaja.


CINTA boleh dipupuk untuk kekal lebih lama dengan menjauhkan perbalahan-perbalahan yang tidak berbaloi




Thursday, July 22, 2010

Diet BOLEH & TIDAK BOLEH dilakukan

LAKUKAN

  1. OLAHRAGA
Lakukan olahraga paling minimum 30 minit setiap hari. Sekiranya kamu tidak ada masa berjoging ataupun ke gym lakukan sahaja senaman di rumah dengan berpandukan video senaman ataupun buku latihan senaman.


   2. MAKAN IKUT WAKTU

Berdiet bukan bererti tidak makan langsung. Malah pakar pemakanan mencadangkan sekitar 5 hingga 7 kali makan yang ringan sehari untuk membantu meningkatkan metabolisme dan membuat kamu rasa kenyang dalam waktu yang lama.

   3. AJAK ORANG TERDEKAT BERSAMA

Libatkan orang yang terdekat dengan kamu. Misalnya mengajak pasangan kamu makan makanan yang sihat. Diet pun akan berjalan lebih mudah dan menyenangkan.

   4. MAKANAN YANG SIHAT

Tetap mengambil makanan yang berkhasiat dan hindari makanan yang sudah diproses. Sebaliknya pilihlah makanan segar seperti buah, sayuran, gandum dan ikan. Jangan lupa minum 2liter air setiap hari.

   5. SENTIASA LEBIH KREATIF

Ramai yang menganggap makanan yang sihat selalunya tidak berapa sedap. Namun andai kamu kreatif banyak resipi sihat dan lazat yang boleh didapati di restoran. Kamu juga boleh menggabungkan makanan diet dengan makanan kesukaan kamu.



HINDARI

  1. MENINGGALKAN TERUS MAKANAN KESUKAAN
Semakin kamu cuba untuk meninggalkan makanan kesukaan, semakin kamu terasa teringin memakannya. Kamu boleh memanjakan diri sekali seminggu dengan makanan itu asal tidak terlalu obsesi dan masih dalam terkawal.

   2. MENYERAH DAN MENGALAH

Jangan biarkan seseorang merosakkan rancangan diet kamu. Jika kamu terpengaruh dengan pelawaan mereka mengajak kamu makan, pastikan makanan yang kamu makan adalah masih di bawah menu diet.

   3. STRES

Jangan terlalu serius menjalani diet kamu. Jika kamu sudah makan secara sihat sebanyak 90%, jadi tidak ada salahnya andai kamu bersenang-senang sementara waktu.

   4. DIET YANG TERLALU KETAT

Berdiet harus tahu batasannya juga. Andai tubuh sudah terlalu ramping, warna kulit berubah pucat dan kuku jadi rapuh itu tanda-tandanya diet kamu sudah tidak sihat lagi.

   5. DIET ALAMI SEGERA

Maksudnya menguruskan badan dengan cara cepat tanpa memikirkan kesannya. Atau dengan kata lain, kamu mengambil pil untuk menahan nafsu makan. Jangan sesekali melakukan demikian. Lebih baik kamu menahan nafsu makan dengan memulakannya sikit demi sikit.









MeSti TaU!!

5 YanG UtaMa!


  • BROKOLI






Brokoli yang direbus mengandungi zat besi dan serat. Ia mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti kanser.




  • EPAL

Sebiji epal memberi kamu 10 peratus serat yang disarankan pada kamu. Ia mampu menjadikan perut lebih anjal.


  • YOGURT



Mengandungi 'probiotik' yang baik untuk pencernaan. Juga merupakan sumber kalsium yang baik serta diyakini dapat membantu mengatasi 'irritable bowel syndrome' dan mengurangkan risiko kanser.



  • SAYURAN BERWARNA HIJAU GELAP



Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin, zat besi dan serat untuk menyihatkan kulit, rambut serta kuk




  • PISANG



Kandungan 'potasium'nya tinggi dan mampu meningkatkan tenaga tanpa tambahan gula.







Wednesday, July 21, 2010

Perkara-perkara yang perlu diamalkan untuk kuat ingatan & tajam Minda












Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya


Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam