Tuesday, August 9, 2016

Mesyuarat Agong PIBG SK Pulau Tinggi 2016

 

 

SK Pulau Tinggi telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG 2016 pada 6 April 2016.

 

DSC_8065 copy

 Salah seorang bapa pelajar menulis nama dalam borang kehadiran.

DSC_8067 copy

DSC_8075 copy

Doa dibacakan oleh Imam Zammari Ali.

DSC_8070 copy

DSC_8076 copy

DSC_8081 copy

DSC_8082 copy

DSC_8085 copy

DSC_8089 copy

DSC_8084 copy

Ucapan YDP PIBG Encik Rahaman Bin Ali.

DSC_8100 copy

Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Tinggi,
Encik Mohd Khairul Nizam Bin A. Ghafor.

DSC_8115 copy

Jamuan ringan setelah mesyuarat tamat.

 

Lawatan Muhibah Timbalan Menteri Pendidikan 1

 

Pada 26 Februari 2016 yang lalu Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menerima lawatan daripada

Y.B Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Pancanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1.

Jadi seminggu sebelum menerima kunjungan beliau, kami bercadang untuk membuat satu daya tarikan di sekolah kami. Setelah bermesyuarat, kami sepakat ingin mewujudkan satu bilik khas iaitu Kelas Pembelajaran Abad ke-21.

Seperti biasa, kami bergotong-royong dalam mencari bahan untuk dimuatkan dalam kelas itu.
Daripada kosong, kami hiasi kelas itu dengan pelbagai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran di sekolah untuk bacaan murid-murid yang masuk ke kelas itu.

Seminggu berkampung di sekolah, dari pagi sehingga malam. Asal ada masa lapang, mesti ada yang hadir membantu menghias kelas ini.

 

DCIM\100MEDIA

Tu dia, gambar tukang ambil gambar keluar dulu.
Lihatlah, kelas daripada kosong tiada apa-apa langsung.
Kerjasama semua guru, sambil terbaring pun ada.

 

20160219_124254 copy

DSC_7324 copy

 

DSC_7325 copy

 

20160223_135316 copy

 

20160221_181550 copy

DCIM\100MEDIA

Tuan PPD Mersing, melawat Kelas Pembelajaran Abad ke-21 yang telah siap.
Beliau turut memberi sedikit nasihat sehari sebelum kehadiran Y.B Dato P. Kamalanathan.

 

DSC_7376 copy

Dua orang juru teknik hebat SK Pulau Tinggi membuat persiapan sebelum kehadiran Y.B Dato’ P. Kamalanathan.

 

DSC_7403 copy

Y.B Dato’ P. Kamalanathan tiba di Pulau Tinggi disambut oleh Tok Mok.

 

DSC_7409 copy

 

DSC_7414 copy

DSC_7415 copy

DSC_7418 copy

DSC_7422 copy

DSC_7424 copy

DSC_7425 copy

DSC_7428 copy

DSC_7432 copy

DSC_7437 copy

DSC_7438 copy

DSC_7445 copy

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Khairul Nizam Bin A. Ghafor

DSC_7450 copy

Ucapan Y.B Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Pancanathan

DSC_7456 copy

DSC_7475 copy

DCIM\100MEDIA

DSC_7496 copy

2016-10-8--00-18-31 copy

Monday, August 8, 2016

Lawatan Ketua Polis Johor ke Pulau Tinggi, Mersing, Johor

 

Hari ini, 9 Ogos 2016, lepas makan waktu rehat tadi, aku masuk bilik guru. Lepas makan kan, rehat kejap badan sebelum masuk mengajar pukul 11.30 pagi.
Kemudian aku keluar je bilik guru kejap nak ke tandas, nampak bot polis berhenti di jeti Pulau Tinggi.
Biasa bot polis ni, kalau setakat yang kecil tu, bot penyengat dah biasa la tengok. Sebab dua minggu sekali atau 3 minggu sekali polis akan datang ambil polis di sini dan tukarkan dengan polis lain. Kira macam giliran bekerja la, 2 minggu sekali tukar orang.
Tapi kali ni sampai 3 buah bot datang. Siap on lampu lagi, bot besar, bot penyengat sederhana dan bot kecil.
Aku lak tertinggal kamera di rumah, kelam kabut balik rumah ambil kamera, mana la tahu orang besar datang ke, boleh ambil gambar.

DSCF1297 copy

 

Ketua Polis Johor tu terus ke Balai Polis Pulau Tinggi, mungkin nak tulis apa-apa kot.
Kemudian, bila dia dalam perjalanan ke Chalet Tok Mok, aku pun ambil la kesempatan snap gambar Ketua Polis tu jalan dengan Tok Mok sekeping dua..hehe

Snap punya snap  sampai Ketua Polis Johor ni depan mata aku, dia pun salam aku, bertanya khabar, pengalaman dan perasaan kerja di sini.
Soalan yang biasa ditanya kepada guru-guru di sini. Aku pun jawab je la pertanyaannya seperti biasa dengan tenang..hihi

Mesra dan baik orangnya, itu lah impresi pertama yang aku dapat lihat dalam dirinya setelah berbual dengannya.

Tapi, tak sempat selfie..haha

 

DSCF1303 copy

Ketua Polis Johor yang kanan sekali tu. Nama dia tak tahu lak aku..aduh..hihi

 

DSCF1304 copy

Apalah yang kelakar sangat tu Tok Mok oi..hehe

Pantai Taman Laut Iskandar Mersing, Johor

 

Jalan-jalan pantai kat Mersing, then saja-saja snap  gambar tepi pantai waktu air surut.
Tripod apa pun xdak. So, pakai pegang tangan je la.
Pastu saja nak try pakai ND filter. Gambar ada colour cast lak..hehe
Boleh je edit buang cast. Tapi tak berapa pandai sangat.
Aku ni daripada dulu, memang boleh kira main adobe. Sebab tu yang tak berapa pandai editting tu.

 

2016_0724_19045700-01

 

Exif :

Fujifilm X-T10, lense xc 16-50mm f/3.5-5.6 OIS II
Landscape mode
Exp 1/14 sec
f/3.6
ISO 800
Focal Length 18mm

Tunggu Kemahkotaan Sultan Johor Mersing, Johor

 

Gambar diambil pada malam 23 Julai 2016, tripod tertinggal di pulau, jawabnya ambil gambar tanpa tripod. Lenguh tangan dan badan nak dapatkan shot paling straight dan kemas.
Siap nak tunggu lampu tu jadi pink dan lampu bawah jadi hijau lagi tu.
Banyak shot ambil, akhirnya berjaya juga.

 

 

2016_0723_22170200(2)

Kucing di Taman Rekreasi Mersing, Johor.

 

Dah ada new toy biasalah, dia punya excited tu lain macam la, keje nak snap gambar je.
Camera yang aku beli datang dengan lense 16-50mm dan 55-230mm.
So, petang 23 Julai 2016 lepas aku decide nak layan 55-230mm tu.
Macam-macam gambar aku snap, gambar orang jogging la, berjalan tepi pantai la, gambar family santai berkhelah pun ada.
Tiba-tiba ternampak seekor kucing, aku pun try zoom snap dari jauh.
Boleh tahan la gambarnya..hehe

Inilah hasilnya, tercengang kucing tu, macam tahu-tahu je den snap gambar dia

2016_0723_19085100

Sunday, August 7, 2016

Selamat Tinggal Nikon D7100, selamat datang Fujifilm X-t10



Setelah hampir 3 tahun berkhidmat denganku, akhirnya aku membuat keputusan untuk menjual body camera Nikon D7100, lense Sigma 35mm f1.4, Nikon 16-85mm f3.5, 50mm f1.8 dan battery grip.

my camera collage

Pada asalnya aku nk jual semua ni sebab nk guna duit untuk buat wang hantaran kalau jadi kawin dengan seorang perempuan ni.
Tapi apakan daya, jodoh xde, hubungan terhenti di tengah jalan.
Jadi, sebagai orang yang menjadikan camera sebagai satu alat untuk dimain semasa masa lapang, aku bercadang untuk mencuba kamera kategori mirrorless.
Banyak brand yang menghasilkan kamera jenis mirrorless ni,
tapi aku memilih untuk membeil kamera Fujilfilm X-T10. Kalau ikut hati teringin nk pkai fujifilm X-T1 atau tunggu dalam bulan 8 or 9 dah masuk Fujifilm X-T2. Tapi apakan daya, harganya mahal tak kena dengan bajet atau kemampuanku.
Setelah membandingkan beberapa orang dan tempat yg jual kamera fujifilm X-T10, aku jumpa satu mamat ni yang buat bisnes online jual camera. Orang panggil dia ozzy. Nama page dia di ialah Fb
Fujifilm Instax - Ozzy One Stop Photo . Padaku dia ni antara yang jual kamera fujifilm dengan harga murah. Lagi satu dia ni, kalau aku tanya, selagi dia boleh jawab dia akan cuba jawab. Rasanya tak pernah tak layan, aku lak jenis banyak tanya. Kalau tak layan pun sebab ada hal keluarga, biasa la orang dah berkeluarga.

Setelah lama berborak, aku pun decide nk jumpa dia di Mcd Nilai. Sampai je dia di McD tu, terus klua kamera, terus test, ni gamba pertama si Ozzy tauke kamera ni snap..hehe..aku bergaya pegang camera dia.


DSCF0001



Hampir 2 jam kami berbual tentang kamera ni, dia sempat ajar aku sedikit perkara basic tentang kamera ini.
Setelah puas bersembang, dia pula ada urusan penghantaran lain, aku pun keluarkan duit bayar..ambil la kamera tu apa lagi..hehe
Seronoknya la hai dapat kamera baru.
ternyata gambar yang dihasilkan dengan kamera Fujifilm ni berjaya memuaskan hatiku.
Tapi tu la, banyak lagi nak belajar.



20160723_115204


So, kalau u all nk beli kamera Fujifilm, aku suggest boleh la beli dengan brother ni ye 
bawah ni aku kongsi cara nak hubungi dia ye


-Email: ozzyonestopphoto@gmail.com
-Call/Viber/SMS/Whatsapp: 012-3034987
-Line/WeChat/Instagram ID: ozzyphoto
Seller Location: Kajang / B.B.Bangi / B.B.Nilai


Saturday, August 6, 2016

Kisah kuih bangkit cheese


Lama tak bercerita di blog ni.
Hari ni nak bercerita pasal kuih bangkit cheese. Aku ni boleh dikatakan hantu kuih jugak. Macam-macam kuih raya aku suka makan.
kalau tiba musim raya je, aku akan mula gila makan kuih raya. Ada yang aku buat sendiri, ada yang aku beli dan ada yang aku makan di rumah orang.
Nak dijadikan cerita, di Pulau Tinggi, Mersing, Johor tempat aku bekerja ni, bila raya je, pulau ni akan mengadakan marhaban pada setiap malam atau pada malam tertentu di rumah orang kampung.
Pada 18 Julai 2016 yang lepas, rumah jururawat dan rumah imam zam, memilih tarikh tersebut untuk diadakan marhaban di rumah mereka.
Semasa di rumah jururawat pulau, lepas marhaban tu, orang semua balik, tapi aku ni ternampak kuih raya atas meja. Aku pun tanya la pada jururawat tu, “nak makan kuih ni boleh tak?” pastu jururawat cakap, “makan la” aku makan satu kuih ni, sedap lak..tgk2 ada tulis kt bekas die, kuih bangkit cheese.
Aku pun tekad nak cari resipi, nak buat.
Tapi tu la, kt pulau ni xde dapur pembakar pulak.
Pada 21 Julai 2016, aku naik ke darat untuk berjumpa dengan pembeli kamera aku, aku nak jual kamera sebab nak pakai duit.
Konon-kononnya pada asalnya nak guna untuk wang hantaran.
Last2 aku beli kamera, layan kamera jenis mirrorless lak. Kali ni kamera berjenama Fujifilm.

Dalam perjalanan ke KL tu, aku ada singgah satu R&R, tak ingat Pagoh ke Ayer Keroh.
Aku pergi tandas untuk mandi, lepas mandi, aku masuk la satu kedai ni..tgk2 jumpa kuih bangkit cheese yang aku makan di Pulau Tinggi tu..
nikmatnya la hai..rasenya tak sampai aku dh abiskan kuih tu..sdap sgt..
nanti nak belajar buat sendiri je la.
nak buat banyak-banyak..hehe
DSCF0153