Pada 26 Februari 2016 yang lalu Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menerima lawatan daripada
Y.B Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Pancanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1.
Jadi seminggu sebelum menerima kunjungan beliau, kami bercadang untuk membuat satu daya tarikan di sekolah kami. Setelah bermesyuarat, kami sepakat ingin mewujudkan satu bilik khas iaitu Kelas Pembelajaran Abad ke-21.
Seperti biasa, kami bergotong-royong dalam mencari bahan untuk dimuatkan dalam kelas itu.
Daripada kosong, kami hiasi kelas itu dengan pelbagai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran di sekolah untuk bacaan murid-murid yang masuk ke kelas itu.
Seminggu berkampung di sekolah, dari pagi sehingga malam. Asal ada masa lapang, mesti ada yang hadir membantu menghias kelas ini.
Tu dia, gambar tukang ambil gambar keluar dulu.
Lihatlah, kelas daripada kosong tiada apa-apa langsung.
Kerjasama semua guru, sambil terbaring pun ada.
Tuan PPD Mersing, melawat Kelas Pembelajaran Abad ke-21 yang telah siap.
Beliau turut memberi sedikit nasihat sehari sebelum kehadiran Y.B Dato P. Kamalanathan.
Dua orang juru teknik hebat SK Pulau Tinggi membuat persiapan sebelum kehadiran Y.B Dato’ P. Kamalanathan.
Y.B Dato’ P. Kamalanathan tiba di Pulau Tinggi disambut oleh Tok Mok.
Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Khairul Nizam Bin A. Ghafor
Ucapan Y.B Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Pancanathan
No comments:
Post a Comment