Saturday, August 6, 2016

Kisah kuih bangkit cheese


Lama tak bercerita di blog ni.
Hari ni nak bercerita pasal kuih bangkit cheese. Aku ni boleh dikatakan hantu kuih jugak. Macam-macam kuih raya aku suka makan.
kalau tiba musim raya je, aku akan mula gila makan kuih raya. Ada yang aku buat sendiri, ada yang aku beli dan ada yang aku makan di rumah orang.
Nak dijadikan cerita, di Pulau Tinggi, Mersing, Johor tempat aku bekerja ni, bila raya je, pulau ni akan mengadakan marhaban pada setiap malam atau pada malam tertentu di rumah orang kampung.
Pada 18 Julai 2016 yang lepas, rumah jururawat dan rumah imam zam, memilih tarikh tersebut untuk diadakan marhaban di rumah mereka.
Semasa di rumah jururawat pulau, lepas marhaban tu, orang semua balik, tapi aku ni ternampak kuih raya atas meja. Aku pun tanya la pada jururawat tu, “nak makan kuih ni boleh tak?” pastu jururawat cakap, “makan la” aku makan satu kuih ni, sedap lak..tgk2 ada tulis kt bekas die, kuih bangkit cheese.
Aku pun tekad nak cari resipi, nak buat.
Tapi tu la, kt pulau ni xde dapur pembakar pulak.
Pada 21 Julai 2016, aku naik ke darat untuk berjumpa dengan pembeli kamera aku, aku nak jual kamera sebab nak pakai duit.
Konon-kononnya pada asalnya nak guna untuk wang hantaran.
Last2 aku beli kamera, layan kamera jenis mirrorless lak. Kali ni kamera berjenama Fujifilm.

Dalam perjalanan ke KL tu, aku ada singgah satu R&R, tak ingat Pagoh ke Ayer Keroh.
Aku pergi tandas untuk mandi, lepas mandi, aku masuk la satu kedai ni..tgk2 jumpa kuih bangkit cheese yang aku makan di Pulau Tinggi tu..
nikmatnya la hai..rasenya tak sampai aku dh abiskan kuih tu..sdap sgt..
nanti nak belajar buat sendiri je la.
nak buat banyak-banyak..hehe
DSCF0153

Thursday, October 30, 2014

Petua Menghilangkan Migraine

Anda seringkali sakit kepada atau migrin atau migraine??
Rasanya tak salah kalau try petua yang saya dapat ni.
Ini adalah perkongsian ilmu yang saya dapat daripada bacaan di FB. Kawan2 share, so saya share di sini.


Petua untuk menghilang penyakit migraine
1. Merendam Tangan dalam Air Dingin 
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.






2. Berada Di Dalam Bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.










3. Mengambil Sedikit Kafein
migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.


4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar













Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Selamat Mencuba ..

Tuesday, October 28, 2014

Program Latihan untuk Guru (PLuG) TMK Tahun 5 PPD Mersing

Setelah sekian lama tidak menulis, hari ni tiba saya terpanggil untuk menulis kembali.
Kisahnya,
Saya kena ganti cikgu sekolah untuk menghadiri Program Latihan untuk Guru TMK tahun 5.

Di sini, JU TMK pada slot kedua ni ada menyentuh tentang blog. Bagaimana cara untuk create blog. Lalu saya teringat yang saya sudah pun mempunyai blog sendiri.

Jadi, apa lagi, login blog sendiri je la..hehe


Wednesday, February 27, 2013

7 Golongan yang Berada dalam Naungan Allah S.W.T


Sahabat-sahabat, tahukah anda bahawa ada 7 Golongan Dalam Naungan Allah Swt. pada hari yg tiada naungan kecuali naungan-Nya. iaitu:

1. Pemimpin yang Adil

2. Pemuda yang tumbuh dengan Ibadah kpd Allah (selalu beribadah)

3. Seseorang yang hatinya bergantung kpd masjid (selalu melakukan solat berjamaah di dalamnya)

4. Dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5. Seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: “Aku takut kepada Allah.”

6. Seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya.

7. Seseorang yg berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirianya, lalu menitiskan air mata dari kedua matanya. ( HR. Bukhari )

sumber : @TeladanRasul

10 Tips untuk mudah bersalin



1) Amalkan bacaan ayat-ayat Al Quran , selawat dan zikir.
Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A’raaf (128), surah At Taubah, surah Yunus (31), surah Yusuf (68), surah Al Hijr (97-99), surah An Nahl (78), surah As Sajdah (7-9), surah Maryam dan surah Yaasin.
Selain itu, amalkan baca Al fatihah, 3 qul, Ayat Kursi dan selawat syifa’ sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah.


2)Minum air kelapa muda.

Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.


3)Banyakkan ‘aktiviti’ bersama suami. pilih posisi yg sesuai bila bersama..Klo rasa malas & xbernafsu..ingatlah ini hnya utk memudahkan anda bersalin


4)Meminta maaf sekerap mungkin terutama kepada suami & ibu bapa


5)Makan kurma 3 atau 7 biji sehari


6)Tidur yang Mencukupi



7) Jangan Tahan Kencing
Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.


8)Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan


9)Kerap Berjalan-jalan
Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran.


10) Tarik Nafas Panjang
Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang.


Tapi ingat ni hanyalah ikhtiar dan keberkesanannya atas izin Allah SWT sahaja. Setiap kelahiran tu berbeza sakitnya dan hanya Allah yang menentukannya.

sumber : https://www.facebook.com/asas.collection


Wednesday, February 9, 2011

~ TANDA LELAKI SAYANG ~

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,
perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.
hati lelaki yang dianggap keras selama ini,
tiba-tiba menjadi selembut kapas.
bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.
sekeras manapun hati lelaki, ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu..


Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,
nyata kamu tidak silap memilih teman hidup.
Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar.
Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,
tetapi atas dasar cinta yang sebenar.
Betapa beruntungnya kamu..


selain itu,
jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur,
itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu.
Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang.
jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.
Padanya sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.


Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.
Ingat,nasihat bermaksud mengingati
Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu.
Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya...


Jika sudah sayang, 
macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya.
Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.
Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.
Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!


Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.
Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang.
Kalau dia merajuk hati, 
sesekali cubalah untuk memujuknya.
Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada.
Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja.
Hanya untuk orang yang disayangi sahaja....


Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu.
Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!


Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama.
Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu.
Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya..


Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama,
" you masih sayang i?"
jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan.
Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.
Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.


Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya
Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu.
Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu..


Manusia tidak ada yang sempurna,
samalah juga teman lelaki kamu,
tak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecil hati.
Tapi kalau dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia
berilah dia masa untuk berubah.
nak berubah ini bukan senang tapi kalau dia berubah demi Allah, demi untuk bahagiakan kamu,
itu satu perkara yang baik.
Janganlah kamu cari pengganti dia semata-mata kamu kecil hati dengan kesalahan dia.
dan kamu pasti ke pengganti kamu itu dapat bahagiakan kamu..


Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi akan dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya.
Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untukmu.
Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya.


Jadi, HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya..
Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.


Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti,
alasan kamu dah tak ada hati
dan tak serasi,

kamu pula macam mana?
adakah kamu itu tak pernah buat silap?
kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu??


Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti..


Mungkin pasangan kamu tak sempurna,
tapi kalau kamu dapat
rasa keikhlasan hati dia,
itu lebih baik..
dan..
ikhlas itu tidak boleh dilihat,
tapi boleh dirasa dengan hati..














Friday, January 21, 2011

Jangkitan pada vagina boleh memudaratkan


Oleh Hidayah Mohammad




RAMAI wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani berkenaan.
Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid.

Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.
Masalah jangkitan pada vagina sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.


Masalah ketidakselesaan pada vagina yang kering dan berlendir sehingga menyebabkan kegatalan selepas tindakan menggaru dan tidak mencuci dengan betul akan menjadikan kulit di sekeliling vagina lebih kering dan pedih. Punca itu berlaku ketika mengalami haid, di mana darah haid yang keluar terlalu banyak, berdarah beku, sakit akibat kedatangan haid, berdarah selepas melakukan hubungan seks, persekitaran kotor dan memakai pakaian dalam yang tidak sesuai.


Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damoran, berkata masalah jangkitan itu berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon berikutan mengalami tekanan mental, fizikal, emosi, kerja dan keluarga. Dengan itu, ia boleh menyebabkan berat badan semakin bertambah, berpenyakit kulit, gangguan pada kelenjar tiroid, gangguan prolaktin dan perimenopos.


“Apa yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan pada vagina kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan pada kehidupan seharian. Gangguan luar biasa pada vagina tidak bermakna anda mengalami jangkitan bakteria.

“Ia berkemungkinan berlaku daripada aktiviti harian seperti penggunaan deodoran dan semburan wangian, air laut, mandian pasir, pakaian dalam yang sering lembap dan basah, alah pada penggunaan kondom ketika mengadakan hubungan seks, penggunaan tampon yang tidak sesuai dan vagina kering berikutan menopous,” katanya ketika ditemupada majlis memperkenalkan produk pencuci vagina, PH Care di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Turut hadir Pengurus Pemasaran Malaysia dan Singapura UNAM Corporation, Francis B. Puno. UNAm Corporation ialah pengedar bagi PH Care.

Jangkitan kandida pada vagina disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (Candida albicans) yang biasanya ada dalam vagina. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan vagina wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada vagina.


Justeru, tidak mustahil seseorang boleh dijangkiti lebih daripada sekali, tetapi kajian menunjukkan hanya 12 hingga 15 peratus pasangan akan mendapatkan pandangan pakar mengenai kegatalan dan pedih pada kemaluan.


Selalunya bagi pesakit yang mengidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessaries dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan itu harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya.

Premitha berkata, jangkitan pada vagina juga disebabkan masalah Bacteria Vaginosis (BV) amat kompleks malah sesiapa saja terdedah kepadanya. Sebagai langkah awal, pesakit perlu mendapatkan diagnosis yang tepat dan memberikan rawatan yang betul lebih-lebih lagi bagi wanita mengandung atau mereka yang akan menjalani pembedahan pelvis.


“Tanda utama jangkitan BV ialah keluarnya lendir vagina homogen putih-kelabu yang cair seakan-akan susu tetapi tidak menyebabkan radang. Ia juga berbau hanyir dan ada kalanya menimbulkan kegatalan. Kajian menunjukkan, dalam proses diagnosis, terdapat langkah yang dikatakan menjamin ketepatan 90 peratus.


“Langkah itu membolehkan doktor mencadangkan rawatan yang berkesan untuk wanita. Diagnosis yang tepat dan rawatan yang berkesan juga dapat mengurangkan masalah kesulitan bersalin sebanyak 50 peratus. Kesulitan yang tinggi akan menyebabkan kemandulan dan kehamilan ektopia,” katanya.


Kajian terhadap trichomoniasis atau jangkitan sistem pencernaan oleh protozoa pula menunjukkan sebanyak 25 peratus wanita terkena jangkitan pada vagina serta sebanyak 50 peratus wanita yang mengalaminya tidak menunjukkan tanda awal. Ia juga disebabkan jangkitan selepas mengadakan hubungan seks dan juga boleh disebabkan perkongsian barang peribadi seperti tuala dan tempat buang air.


Pesakit perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear, memastikan kadar PH pada vagina yang tidak melebihi empat bagi mengelakkan bakteria aktif. Antara langkah untuk mengelak daripada menghidap jangkitan itu ialah memastikan kebersihan dan vagina sentiasa kering.


Bagi memastikan rawatan yang dibuat lebih berkesan, elak daripada melakukan hubungan seks sekiranya jangkitan belum sembuh sepenuhnya, nasihat pasangan supaya pergi mendapatkan rawatan, gunakan kondom ketika melakukan seks, kurangkan pengambilan gula, roti dan minuman keras.


“Sekiranya masih belum menemui jalan penyelesaian, manjakan vagina anda dengan menyapu sedikit yogurt atau memakan dadih kerana kajian menunjukkan keberkesanannya mengatasi jangkitan yis pada vagina amat memberangsangkan.


“Kajian itu mendapati, mereka yang menghidap jangkitan itu selepas memakan dadih yang mengandungi kultur hidup setiap hari selama enam bulan, tidak lagi mengalami jangkitan baru.
Selain kajian berkenaan, banyak lagi kajian lain yang dibuat mengenai dadih dan berjaya membuktikan ia sememangnya makanan yang baik terutama khasiatnya dalam penjagaan kesihatan,” katanya.


Bagi mengelak daripada terkena jangkitan itu anda seharusnya kurangkan menjalin hubungan seks dan pastikan menggunakan pencuci vagina yang kini banyak di pasaran. Antara pencuci vagina yang boleh didapati ialah PH Care Intimate Wash yang berada di pasaran pada pertengahan Jun ini.
PH Intimate Wash dikatakan mampu memberikan kebersihan sejati pada kulit vagina serta tidak memberikan kesan pedih ketika mencuci kerana mengandungi bahan pelembap khusus untuk kulit sensitif. Harga hanya RM7.60 sebotol.


Jangkitan Vagina



  • bakteria pada pasangan
  • mengeluarkan lendiran berwarna putih


  • gatal
  • berbau
  • sakit pada abdomen
  • demam
  • sakit ketika membuang air kecil
  • kedatangan haid yang tidak menentu




Tip mengelak daripada jangkitan




  • pastikan kemaluan sentiasa kering
  • elakkan penggunaan sabun yang mengandungi banyak bahan kimia, semburan dan pewangi (daouche), syampu rambut yang boleh menyebabkan pedih pada kulit vagina
  • tukar tampon dan tuala wanita setiap kali selepas membuang air dan elakkan penggunaan tampon yang mengandungi bahan pewangi
  • pakai pakaian dalam dari jenis kapas yang longgar.