LAKUKAN
- OLAHRAGA
Lakukan olahraga paling minimum 30 minit setiap hari. Sekiranya kamu tidak ada masa berjoging ataupun ke gym lakukan sahaja senaman di rumah dengan berpandukan video senaman ataupun buku latihan senaman.
2. MAKAN IKUT WAKTU
Berdiet bukan bererti tidak makan langsung. Malah pakar pemakanan mencadangkan sekitar 5 hingga 7 kali makan yang ringan sehari untuk membantu meningkatkan metabolisme dan membuat kamu rasa kenyang dalam waktu yang lama.
3. AJAK ORANG TERDEKAT BERSAMA
Libatkan orang yang terdekat dengan kamu. Misalnya mengajak pasangan kamu makan makanan yang sihat. Diet pun akan berjalan lebih mudah dan menyenangkan.
4. MAKANAN YANG SIHAT
Tetap mengambil makanan yang berkhasiat dan hindari makanan yang sudah diproses. Sebaliknya pilihlah makanan segar seperti buah, sayuran, gandum dan ikan. Jangan lupa minum 2liter air setiap hari.
5. SENTIASA LEBIH KREATIF
Ramai yang menganggap makanan yang sihat selalunya tidak berapa sedap. Namun andai kamu kreatif banyak resipi sihat dan lazat yang boleh didapati di restoran. Kamu juga boleh menggabungkan makanan diet dengan makanan kesukaan kamu.
HINDARI
- MENINGGALKAN TERUS MAKANAN KESUKAAN
Semakin kamu cuba untuk meninggalkan makanan kesukaan, semakin kamu terasa teringin memakannya. Kamu boleh memanjakan diri sekali seminggu dengan makanan itu asal tidak terlalu obsesi dan masih dalam terkawal.
2. MENYERAH DAN MENGALAH
Jangan biarkan seseorang merosakkan rancangan diet kamu. Jika kamu terpengaruh dengan pelawaan mereka mengajak kamu makan, pastikan makanan yang kamu makan adalah masih di bawah menu diet.
3. STRES
Jangan terlalu serius menjalani diet kamu. Jika kamu sudah makan secara sihat sebanyak 90%, jadi tidak ada salahnya andai kamu bersenang-senang sementara waktu.
4. DIET YANG TERLALU KETAT
Berdiet harus tahu batasannya juga. Andai tubuh sudah terlalu ramping, warna kulit berubah pucat dan kuku jadi rapuh itu tanda-tandanya diet kamu sudah tidak sihat lagi.
5. DIET ALAMI SEGERA
Maksudnya menguruskan badan dengan cara cepat tanpa memikirkan kesannya. Atau dengan kata lain, kamu mengambil pil untuk menahan nafsu makan. Jangan sesekali melakukan demikian. Lebih baik kamu menahan nafsu makan dengan memulakannya sikit demi sikit.
MeSti TaU!!
5 YanG UtaMa!
- BROKOLI
Brokoli yang direbus mengandungi zat besi dan serat. Ia mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti kanser.
- EPAL
Sebiji epal memberi kamu 10 peratus serat yang disarankan pada kamu. Ia mampu menjadikan perut lebih anjal.
Mengandungi 'probiotik' yang baik untuk pencernaan. Juga merupakan sumber kalsium yang baik serta diyakini dapat membantu mengatasi 'irritable bowel syndrome' dan mengurangkan risiko kanser.
Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin, zat besi dan serat untuk menyihatkan kulit, rambut serta kuk
Kandungan 'potasium'nya tinggi dan mampu meningkatkan tenaga tanpa tambahan gula.
- YOGURT
Mengandungi 'probiotik' yang baik untuk pencernaan. Juga merupakan sumber kalsium yang baik serta diyakini dapat membantu mengatasi 'irritable bowel syndrome' dan mengurangkan risiko kanser.
- SAYURAN BERWARNA HIJAU GELAP
Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin, zat besi dan serat untuk menyihatkan kulit, rambut serta kuk
- PISANG
Kandungan 'potasium'nya tinggi dan mampu meningkatkan tenaga tanpa tambahan gula.
No comments:
Post a Comment