Monday, April 26, 2010

8 Chinese Proverb

WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME


WITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME


WITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP


WITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE


WITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTH


WITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECT


WITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFE


WITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE

Saturday, April 24, 2010

Apabila perasaan dengki menyelubungi hatiku..

aku ada seorang sahabat
die ni seorang yg boleh dikatekn untung sgt.
die pndai amik hati org.
pndai melawak dan mcm2 lg la.
ble smp waktu kne wat assignment, die ni sng je dpt mklumat dr bdak pmpn.
ape je die mntak tlg,sume bdak pmpn bg.
sng kn?

pnah satu ketika dulu, apabila pensyarah memnta aku utk brtnye dgn sorg pmpn ni.
"awk tnye '....' format keje die btol,suroh die aja awk"
aku pn pegi la kt die, ble aku nk tnye je,die lari dr aku.malu dijadikan alasan.
pastu sahabat aku sorg ni pn pensyarah suwoh pmpn tu aja die.
pmpn tak lari, diajar dgn baek kwn aku ni
siap bkk laptop lg.tnjuk satu per satu
aku terkilan sgt ngan pmpn ni.
knpe aku dilyn cmni.
jahat sgt ke aku ni
smp ble aku nk maju klu kwn2 sndiri tak mahu bantu aku

untung kwn aku ni.
sume assignment die mcm bdak pmpn.
kemas dan teratur.
dh msuk semester 3 ijazah dh pn.
sikap mereka masih begitu.
die masih mndpt layanan yg baik.
aku dengki sgt.
aku cemburu sgt.
aku pn nk blaja jugak.
nk dpt pointer tinggi jugak.
tp ntah la.

mungkin ade hikmah di sebalik semua ini.
Allah nk aku berdikari.
belajar sendiri.
mgkn hasil kerja aku tidak sebaik mereka.
tp aku berpuas hati dgn kerja yg aku wat hasil air tgn aku sndri.
mgkn aku gagal dgn tugasan yg diberi, tp dr kegagalan itulah aku harus bangkit.
blaja dr kegagalan itu.

tikar sembahyang menjadi tmpat aku bersujud memohon petunjuk dr mu ya Allah.
hnya solat dpt menenangkan aku.Alhamdulillah.

aku ingin berubah.tp aku tidak mencari hidayah itu.
knape aku tidak berusaha. sering mls.
ya Allah.
berikan aku petunjuk kpd hmbamu yg lemah ini.
berikan aku kejayaan sebaik-baik kejayaan.
di dunia dan di akhirat.
berkatilah perjalanan hidupku setiap hari.

Wednesday, April 21, 2010

KeSilaPan KeRap WanitA TentAnG Aurat.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber't-shirt' berlengan pendek

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk
atau rupa kawasan-kawasan mudah 'menggoda'

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar
rumah, pasar raya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedah
dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat
sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakn
suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama ada menyanyi mahupun
nasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana
sesaat ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata
lelaki yang memandangnya, kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu
memandang. Suaranya, yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya
akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu
ketuhanan.

Tuesday, April 20, 2010

~ Buat Mu Puteri ~

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis maka dia datang
bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Baginda menjawab,

"Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa
dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan
mereka yang sangat berat & mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan
apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya,
otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
& timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua
kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular & kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan
api neraka.

Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak & matanya buta, dimasukkan ke dalam peti
yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk
kerana penyakit sopak & kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi &
badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut & keluar dari duburnya sementara
malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab,

"Wahai puteriku,
adapun mereka yang tergantung rambutnya
hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat
oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada
suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, & perempuan yang tidak mau mandi suci
dari haid & nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang
bukan muhrimnya & suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan
dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek & berhias supaya kecantikannya
dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki & tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular &
kala jengking padanya kerana dia solat tapi tidak mengamalkannya & tidak mahu mandi
junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi & badannya seperti himar ialah tukang umpat &
pendusta.

*Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah &
membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

BATASAN AURAT

PENGERTIAN AURAT

Aurat menurut bahasa ialah "keaiban" manakala syarak ialah "tempat sembahyang atau anggota yang wajib ditutup sama ada semasa sembahyang atau di liar sembahyang, walaupun di dalam gelap gelita".
(Al- Mufassilu fil Fiqhi Al-Islami 51 - Hashiatul Bujairimi 'alal khatib - m/s 396, penggal 1)

AURAT LELAKI

  • semasa dalam sembahyang
  • semasa di hadapan lelaki lain
  • semasa di hadapan wanita yang haram nikah (mahram) denganya
maka aurat lelaki dalam tiga keadaan ini yang wajib ditutup ialah di antara pusat dan lutut.

Ia berbeza pula apabila di dalam situasi ini :
Aurat yang perlu ditutup hanya dua kemaluan sahaja iaitu di hadapan dan di belakang. (Al- Mufassilu - 53)
  1. semasa berada di bilik keseorangan atau di hadapan isteri
  2. di dalam tandas
  3. di rumah yang tertutup tiada sesiapa pun, kecuali isterinya sahaja.
Manakala, di hadapan wanita yang halal nikah dengannya ada dua pendapat Ulama (Al-Hawi & Ar-Rafi'i dalam I'anatu At-Tholibin - penggal 3, halaman 259)

  1. aurat lelaki ialah seluruh badan, maknanya wajib berpakaian lengkap di hadapan wanita yang ajnabi dengannya.
  2. aurat lelaki ialah antara pusat dengan lutut juga, walaupun berada di hadapan wanita yang halal nikah dengannya.


AURAT WANITA

  1. Semasa di dalam dan di luar sembahyang auratnya seluruh badan termasuk rambut dan tapak kaki dikecualikan muka dan dua tapak tangannya. (ditutup setakat pergelangan tangannya)
  2. Semasa di hadapan lelaki yang bukan mahram auratnya seluruh badan kecuali muka, dan dua tapak tangannya (menurut kebanyakan Ulama')