Wednesday, April 21, 2010

KeSilaPan KeRap WanitA TentAnG Aurat.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber't-shirt' berlengan pendek

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk
atau rupa kawasan-kawasan mudah 'menggoda'

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar
rumah, pasar raya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedah
dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat
sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakn
suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama ada menyanyi mahupun
nasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana
sesaat ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata
lelaki yang memandangnya, kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu
memandang. Suaranya, yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya
akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu
ketuhanan.

No comments:

Post a Comment