Tuesday, April 20, 2010

BATASAN AURAT

PENGERTIAN AURAT

Aurat menurut bahasa ialah "keaiban" manakala syarak ialah "tempat sembahyang atau anggota yang wajib ditutup sama ada semasa sembahyang atau di liar sembahyang, walaupun di dalam gelap gelita".
(Al- Mufassilu fil Fiqhi Al-Islami 51 - Hashiatul Bujairimi 'alal khatib - m/s 396, penggal 1)

AURAT LELAKI

  • semasa dalam sembahyang
  • semasa di hadapan lelaki lain
  • semasa di hadapan wanita yang haram nikah (mahram) denganya
maka aurat lelaki dalam tiga keadaan ini yang wajib ditutup ialah di antara pusat dan lutut.

Ia berbeza pula apabila di dalam situasi ini :
Aurat yang perlu ditutup hanya dua kemaluan sahaja iaitu di hadapan dan di belakang. (Al- Mufassilu - 53)
  1. semasa berada di bilik keseorangan atau di hadapan isteri
  2. di dalam tandas
  3. di rumah yang tertutup tiada sesiapa pun, kecuali isterinya sahaja.
Manakala, di hadapan wanita yang halal nikah dengannya ada dua pendapat Ulama (Al-Hawi & Ar-Rafi'i dalam I'anatu At-Tholibin - penggal 3, halaman 259)

  1. aurat lelaki ialah seluruh badan, maknanya wajib berpakaian lengkap di hadapan wanita yang ajnabi dengannya.
  2. aurat lelaki ialah antara pusat dengan lutut juga, walaupun berada di hadapan wanita yang halal nikah dengannya.


AURAT WANITA

  1. Semasa di dalam dan di luar sembahyang auratnya seluruh badan termasuk rambut dan tapak kaki dikecualikan muka dan dua tapak tangannya. (ditutup setakat pergelangan tangannya)
  2. Semasa di hadapan lelaki yang bukan mahram auratnya seluruh badan kecuali muka, dan dua tapak tangannya (menurut kebanyakan Ulama')


No comments:

Post a Comment