Friday, January 21, 2011

Gatal, Keputihan akibat jangkitan kuman

SOALAN:
SAYA berumur 22 tahun dan sudah berkahwin. Saya mengalami gatal pada kemaluan dan keluar keputihan yang berketul-ketul daripada faraj.

Sejak kebelakangan ini saya gagal memuaskan suami saya kerana kemaluan saya terasa sakit ketika bersama. Apakah punca dan cara mengatasinya?
Mieza,
Petaling Jaya, Selangor

JAWAPAN:
KEPUTIHAN disertai gatal-gatal lazimnya adalah tanda jangkitan kuman. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan perubahan pada permukaan faraj serta pintu rahim (kemerahan, luka, peradangan dan seumpamanya), akibatnya anda mudah sakit pada bahagian terbabit. Malah ia juga boleh menjangkiti organ berhampiran seperti pundi kencing.

Walaupun kebanyakan jangkitan faraj diakibatkan oleh kulat Candida dan rawatannya berbentuk pil (pessary) yang dimasukkan ke faraj, ia tidak semestinya berlaku untuk semua keadaan.

Seeloknya jalani pemeriksaan dalaman, sedikit sampel keputihan terbabit diambil untuk pemeriksaan makmal mengambil masa beberapa hari sahaja.

Ujian ini dinamakan Culture & Sensitivity. Bukan sahaja jenis kuman dapat dikenalpasti, malah ubat yang sesuai dan yang tidak sesuai turut disenaraikan.

Selain itu, anda juga dinasihatkan mengamalkan teknik mengelakkan jangkitan berlaku semula. Ini termasuk:



  • Mencuci atau mengelap kemaluan dari arah hadapan ke arah belakang dan bukan sebaliknya. Ia dapat mengelakkan kuman dari bukaan dubur yang terletak berhampiran memasuki faraj.




  • Lebih kerap menyalin seluar dalam, terutama jika anda mudah berpeluh atau selepas melakukan aktiviti senaman.




  • Memakai seluar dalam daripada kapas dan bukannya nilon (ini dapat mengurangkan pengewapan pada kawasan terbabit).




  • Teknik “Sitz bath” juga dapat membantu. Berendam di dalam besen yang mengandungi air (air paip sama ada sejuk ataupun suam sudah memadai) bercampur sedikit garam. Lakukan selama kira-kira 10 minit dua kali sehari.



Jangkitan dijangka sembuh dalam seminggu, peradangan faraj mungkin mengambil masa lebih lama untuk kembali normal semula. Seeloknya anda mengelak hubungan seks ketika masih dalam rawatan.


Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan pada pasangan serta risiko jangkitan semula kepada anda. Ia juga dapat memberi masa untuk luka (jika ada) pada faraj sembuh.




Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

1 comment:

  1. Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni 📢

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    3)Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya. Dia pon byk berdepan dgn pesakit knser sdri.

    4) Selain kanser pon blh jugak cuba dan dah terbukti pon dengan testimoni. Contohnya
    *-Denggi, Kencing Tikus, Jangkitan bawaan virus,Batu Karang, Gastrik, Gout , Asthma*Kerosakan paru2 akibat merokok,Paru2 berair,kerosakan hati dan hepatitis,Saraf,buah pinggang rosak (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.
    memperlahankn pertumbuhan penyakit)

    Ini perkongsian dari pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab selalu nampak cergas.Asbab jus yang beri tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ni,sekarang dah sembuh sepenuh nye. sel kanser dah tak ada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- dah sembuh .
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- Dah dapat kesan positif ,makin pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi bila batuk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    9) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    Call order wasap@call
    En mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring



    ReplyDelete