Hari ini, 9 Ogos 2016, lepas makan waktu rehat tadi, aku masuk bilik guru. Lepas makan kan, rehat kejap badan sebelum masuk mengajar pukul 11.30 pagi.
Kemudian aku keluar je bilik guru kejap nak ke tandas, nampak bot polis berhenti di jeti Pulau Tinggi.
Biasa bot polis ni, kalau setakat yang kecil tu, bot penyengat dah biasa la tengok. Sebab dua minggu sekali atau 3 minggu sekali polis akan datang ambil polis di sini dan tukarkan dengan polis lain. Kira macam giliran bekerja la, 2 minggu sekali tukar orang.
Tapi kali ni sampai 3 buah bot datang. Siap on lampu lagi, bot besar, bot penyengat sederhana dan bot kecil.
Aku lak tertinggal kamera di rumah, kelam kabut balik rumah ambil kamera, mana la tahu orang besar datang ke, boleh ambil gambar.
Ketua Polis Johor tu terus ke Balai Polis Pulau Tinggi, mungkin nak tulis apa-apa kot.
Kemudian, bila dia dalam perjalanan ke Chalet Tok Mok, aku pun ambil la kesempatan snap gambar Ketua Polis tu jalan dengan Tok Mok sekeping dua..hehe
Snap punya snap sampai Ketua Polis Johor ni depan mata aku, dia pun salam aku, bertanya khabar, pengalaman dan perasaan kerja di sini.
Soalan yang biasa ditanya kepada guru-guru di sini. Aku pun jawab je la pertanyaannya seperti biasa dengan tenang..hihi
Mesra dan baik orangnya, itu lah impresi pertama yang aku dapat lihat dalam dirinya setelah berbual dengannya.
Tapi, tak sempat selfie..haha
Ketua Polis Johor yang kanan sekali tu. Nama dia tak tahu lak aku..aduh..hihi
Apalah yang kelakar sangat tu Tok Mok oi..hehe
No comments:
Post a Comment